Saturday 12 November 2016

Kebaikan Lecithin Yang Hebat

Lecithin ni bagus tau untuk mereka yang ingin menguruskan badan dan mendapatkan berat ideal. Jom mazu terangkan kelebihan Lecithin.

APA FUNGSI LECITHIN?

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.


APA KANDUNGAN LECITHIN?

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


APA FUNGSI KOLINA?


Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.


APA KELEBIHAN LECITHIN?


1. Ia boleh melindungi hati kita.
 ~ Bagaimana? Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.


2. Memecahkan lemak dan kolestrol

 ~ Caranya? Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita. 




3. Melangsingkan dan Menghalang obesiti. 

Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita. Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


4. Mencantikkan otot dan kulit.

Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.


5. Memperbaiki alergi 

~  Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan alergi.


6. Menghalang kejadian batu karang

 ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.


7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress

 ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...



8. Menghalang tekanan darah tinggi 

~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat. Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki 


10. Meringankan sembelit 

~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.


11. Mengurangkan sakit ketika Haid dan Menopouse

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

 

12. Mengurangkan dan melegakan bengkak susu Ibu Bersalin

Semasa bengkak susu berlaku, mungkin ada duktus tersumbat atau ada salur-salur yang penuh dengan susu menyebabkan pengaliran tidak lancar. Menurut Dr Jackman, Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.


Siapa yang boleh ambil Lecithin?


Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin.

Berapa ye keperluan kita sehari? 

Shaklee mencadangkan sehingga 6 biji sehari selepas makan.

Bulan November 2016 ada offer tau. Jom rebut promo ini..



Rakan Shaklee Anda,
Mazulaini
0107895356

posted from Bloggeroid

Thursday 10 November 2016

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik

Kenapa pilih omega Guard Shaklee?

Minyak ikan terbaik dunia.
πŸ‘‰πŸ»diekstrak dari ikan laut air sejuk diperairan negara Japan.
πŸ‘‰πŸ» bukan dari hati minyak ikan.
πŸ‘‰πŸ» omega shaklee 3x lebih tumpat drpd ketumpatan hati minyak ikan.
πŸ‘‰πŸ» omega shaklee merupakan minyak ikan paling tulen yg mempunyai rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega termasukla EPA, DHA, ALA dn byk lagi.
πŸ‘‰πŸ» Shaklee menggunakan kedah ultratulen bergred Farmaseutikal Teknologi terkini iaitu menghasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul supaya btul2 dapat menyingkirkan bahan berbahaya sperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.



Korang tau tak?
Kebanyakkan pengusaha- pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk ekstrak minyak ikan yg boleh memusnahkan nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yg berbahaya pd kesihatan.

26 Kelebihan Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll


18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Jangan tinggal omega dalam harian kita

Salam Sayang,
Mazulaini
0107895356

posted from Bloggeroid

Tuesday 8 November 2016

Shaklee Pilihan Tepat

Alhamdulilah saya ditemukan dengan produk Shaklee. Produk supplement yang memberi seribu kelebihan dan kenikmatan dunia akhirat.

Kenapa saya kata kenikmatan? Kerana produk ini mengandungi seribu khasiat dan memberika kita sentiasa sihat untuk menjalani kehidupan seharian. Penyakit pun jarang menghinggap diri dan badan pun kuat melawan penyakit.

Bila badan sihat maka ibadat pun tidak terganggu dan dapat disempurnakan dengan baik. Selain itu kita kongsikan kebaikan Shaklee kepada insan sekeliling moga2 memberi seribu mafaat.

Ibu yang kekeringan susu, anak yang mengidap asma dan ibu bapa yang mengidap penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis,darah tinggi dan jantung kembali sihat dengan mengamalkan supplement Shaklee. Itu pahala kita yang paling besar sebab membantu mereka untuk memberi yang terbaik kepada kesihatan.



Selain itu membantu orang kembali sihat,kita juga boleh menambahkan pendapatan dengan bonus-bonus yang dihadiahkan oleh Shaklee kerana membantu meningkatkan jualan produk.

Tidak mustahil surirumah boleh menjana income RM300, RM3000, RM30000 atau RM30000 sebulan dengan menjalankan bisnes Shaklee.


So,kepada yang nak dapat harga ahli dan berhajat nak sertai Shaklee,hubungi saya ye...saya akan guard anda..

Mazulaini
0107895356

Sunday 6 November 2016

Kelebihan Susu Badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ibu-ibu sekelian..

Semasa dalam tempoh mengandung,pasti kebanyakkan bakal ibu inginkan menyusukan bayi apabila dilahirkan nanti. Tapi apabila selamat dilahirkan, pelbagai rintangan dan masalah yang dihadapi ibu dalam tempoh menyusukan anak.

Ada yang susu kering, susu tidak banyak, puting susu tenggelam dan sebagainya. Bagi ibu-ibu yang ditakdirkan memang mempunyai susu yang melimpah ruah amatlah bersyukur kerana mampu memberikan susu yang terbaik untuk bayi tersayang. Malah ada ibu yang boleh mengepam berpuluh botol susu badan untuk ditinggalkan di rumah pengasuh bagi yang ibu yang bekerja.

Susu ibu adalah susu yang terbaik bagi bayi kita kerana mengandungi khasiat yang amat tinggi kepada bayi. Bayi akan sukar sakit dan mempunyai antibodi yang amat tinggi. Selain itu berat badan bayi akan cepat naik dan mengikut tahap pembesaran yang sepatutnya. Selain itu ibu yang menyusu juga akan mendapat berat ideal dan tidak mengalami kegemukan. Bagi mazu, sepanjang menyusukan anak dari anak pertama hingga anak ke 3,berat badan memang sentiasa kurus maintain iaitu 47kg..hehehe.kalah anak dara tau.itula kelebihan menyusukan bayi kita.

Selain itu, anak2 akan rapat dengan ibunya kerana dari bayi ibu banyak berada disamping dan masa dihabiskan menyusukan si bayi mengeratkan hubungan ibu dan anak. Seperti anak2 mazu,memang terlampau close dan manja2 semua kerana berkat menyusukan sehinggan umur 2tahun.

Seperti anak sulung mazu yang sekarang berumur 8 tahun,setiap perbuatan dan perilaku yang hendak dilakukan mesti meminta izin mazu..mungkin si abang gusar ibunya tidak membenarkan..Contoh kisah di kebun tok abahnya. Si abang pergi ke kebun bersama tok abah untuk mengambil buah-buahan (masa tu musim durian dan rambutan). Selesai mengutip buah, tok abah bawa dia ke sungai kecil yang ada di kebun. Apa lagi melompatla si abang keseronokan untuk mandi. Tok abah membenarkan si abang untuk mandi,tapi anakku ni cepat2 menyuruh tok abah terlebih dahulu menelefon mazu di rumah untuk meminta kebenaran..Allah sejuk hatiku bila anak meminta kebenaran,walaupun sekecil perkara.

Oleh itu ibu-ibu sekelian, ambillah peluang menyusukan bayi kita walaupun banyak rintangan dan dugaan kerana setiap anak kita hanya sekali sahaja tempoh bayi dan zaman kanak-kanak. Semadi kasih sayang dari kecil dan moga2 anak tidak lupakan si ibu yang melahirkan dan menyusukan mereka..amin..

Bagi ibu yang ingin menambahkan susu badan gunalah set menyusu Shaklee yang terbukti berjaya menambahkan susu si ibu.Ramai ibu yang telah berjaya dengan mengamalkan set menyusu Shaklee.




Untuk order dan menjadi ahli Shaklee,hubungi mazu ye 0107895356


Penuh kasih sayang
Mazu
0107895356

Friday 4 November 2016

Hari ni topik yang saya nak cerita mengenai produk ESP Shaklee..
ESP terlajak laris tau sebab semua oarang boleh minum, tak kira tua muda,lelaki perempuan semua boleh minum.anak-anak pun boleh minum uoolllss..hehehe

Kenapa ESP ni produk paling hot Shaklee?? Hah soalan selalu orang tanya kan??Ni akak nak cerita pasal ESP..

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

Antara Resepi ESP yang Boleh Anda Cuba

Salah satu soalan wajib yang customer akan tanya saya bila nak beli ESPadalah...

" Macam mana nak makan ESP ni kak? "


Biasanya, saya akan jawab


" ESP ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu untuk minum "

Cara bancuhan yang paling saya gemar ialah bancuh ESP dengan air suam je..memang mabelous..hihihi.terasa rasa original ESP. Tapi banyak cara tau nka bancuh ESP ni,ikut selera masing2 tau.tepuk dada tanya selera..


1) ESP + Fresh Milk

Perisa tu ikut selera anda tau sebab kalau bancuh dengan susu Dutch Lady perisa strawberi pun sedap...

3) ESP + Milo



4) ESP + Twister Oren

5) ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)

6) ESP + Ribena

7) ESP + Nesvita 3 in 1

8) ESP + Susu Anmum

9) ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda)

10) ESP + Horlicks

11) ESP + Nestle Bliss

12) ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)

Saya sendiri suka minum ESP pada awal-awal pagi sebelum pergi kerja, sebab awal-awal pagi lagi perut saya dah 'kriok' 'kriok' lapar. So, saya kena isi dulu perut sementara nak tunggu sarapan di office.

Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:)

Tips ESP

Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisiJangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjalGunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut.Tapi kalau air suhu bilik tu, kacau guna sudu je pun boleh. Saya biasanya minum campur air masak je, jadi saya bancuh dalam mug je.

Kini dah tiba tika waktunya untuk anda mencuba ESP !!

Saya pengedar Shaklee,

Mazu Fatah
0107895356

Wednesday 2 November 2016

Set kecantikan Shaklee

Assalamualaikum..selamat malam semua..

Majoriti sekarang pelbagai produk kecantikan ada di pasaran. Sediakan duit je kalau nak beli yang produk yang dikehendaki tapi adakah selamat produk tersebut? Yang tiruan pun ada berlambak di jual. 

Berlainan dengan produk Shaklee,memang diakui bahawa original dan selamat digunakan. Dua produk Shaklee yang diyakini berkesan untuk kecantikan iaitu ESP dan Vitamin C.

ESP bertujuan untuk :
- merupakan tenaga booster
- mencerahkan kulit
- memberi rasa kenyang segera bagi induvidu yang dalam proses menguruskan badan
- menghilangkan jerawat
- merendahkan kolestrol
- meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan
- mengelakkan gastrik
- sesuai digunakan oleh pesakit diabetis kerana kandungan G.I yang rendah dan amat baik untuk mengurangkan gula dalam darah

Vitamin C Sustened Release Shaklee
-  bersifat semulajadi dan bertindak sustened released kerana dileoaskan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.

Selain itu, vitamin C Shaklee didatangkan khas bioflavonoid iaitu bahan penting yang membantu penyerapan dengan lebih baik.

Fungsi Vitamin C ini juga untuk :
-mencegah jerawat
-mengurangkan parut
-menguatkan antibodi
-mengelakkan pertumbuhan jeragat dan tompok hitam.

Set ini amat menjimatkan kerana ESP boleh bertahan untuk 2bulan dan manakala vitamin c mengandungi 180 biji untuk 3-6bulan.

Nak harga istimewa, segera hubungi saya 0107895356 dan jika inginkan harga ahli bolehla berdaftar dengan saya..hehe

Sama2 kita kongsi cara hidup sihat bersama Shaklee..

Penasihat Shaklee anda,

Mazulaini
0107895356