Saturday 12 November 2016

Kebaikan Lecithin Yang Hebat

Lecithin ni bagus tau untuk mereka yang ingin menguruskan badan dan mendapatkan berat ideal. Jom mazu terangkan kelebihan Lecithin.

APA FUNGSI LECITHIN?

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.


APA KANDUNGAN LECITHIN?

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


APA FUNGSI KOLINA?


Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.


APA KELEBIHAN LECITHIN?


1. Ia boleh melindungi hati kita.
 ~ Bagaimana? Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.


2. Memecahkan lemak dan kolestrol

 ~ Caranya? Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita. 




3. Melangsingkan dan Menghalang obesiti. 

Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita. Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


4. Mencantikkan otot dan kulit.

Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.


5. Memperbaiki alergi 

~  Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan alergi.


6. Menghalang kejadian batu karang

 ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.


7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress

 ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...



8. Menghalang tekanan darah tinggi 

~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat. Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki 


10. Meringankan sembelit 

~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.


11. Mengurangkan sakit ketika Haid dan Menopouse

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

 

12. Mengurangkan dan melegakan bengkak susu Ibu Bersalin

Semasa bengkak susu berlaku, mungkin ada duktus tersumbat atau ada salur-salur yang penuh dengan susu menyebabkan pengaliran tidak lancar. Menurut Dr Jackman, Lecithin bertindak dengan mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.


Siapa yang boleh ambil Lecithin?


Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin.

Berapa ye keperluan kita sehari? 

Shaklee mencadangkan sehingga 6 biji sehari selepas makan.

Bulan November 2016 ada offer tau. Jom rebut promo ini..



Rakan Shaklee Anda,
Mazulaini
0107895356

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment