Sunday 6 November 2016

Kelebihan Susu Badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ibu-ibu sekelian..

Semasa dalam tempoh mengandung,pasti kebanyakkan bakal ibu inginkan menyusukan bayi apabila dilahirkan nanti. Tapi apabila selamat dilahirkan, pelbagai rintangan dan masalah yang dihadapi ibu dalam tempoh menyusukan anak.

Ada yang susu kering, susu tidak banyak, puting susu tenggelam dan sebagainya. Bagi ibu-ibu yang ditakdirkan memang mempunyai susu yang melimpah ruah amatlah bersyukur kerana mampu memberikan susu yang terbaik untuk bayi tersayang. Malah ada ibu yang boleh mengepam berpuluh botol susu badan untuk ditinggalkan di rumah pengasuh bagi yang ibu yang bekerja.

Susu ibu adalah susu yang terbaik bagi bayi kita kerana mengandungi khasiat yang amat tinggi kepada bayi. Bayi akan sukar sakit dan mempunyai antibodi yang amat tinggi. Selain itu berat badan bayi akan cepat naik dan mengikut tahap pembesaran yang sepatutnya. Selain itu ibu yang menyusu juga akan mendapat berat ideal dan tidak mengalami kegemukan. Bagi mazu, sepanjang menyusukan anak dari anak pertama hingga anak ke 3,berat badan memang sentiasa kurus maintain iaitu 47kg..hehehe.kalah anak dara tau.itula kelebihan menyusukan bayi kita.

Selain itu, anak2 akan rapat dengan ibunya kerana dari bayi ibu banyak berada disamping dan masa dihabiskan menyusukan si bayi mengeratkan hubungan ibu dan anak. Seperti anak2 mazu,memang terlampau close dan manja2 semua kerana berkat menyusukan sehinggan umur 2tahun.

Seperti anak sulung mazu yang sekarang berumur 8 tahun,setiap perbuatan dan perilaku yang hendak dilakukan mesti meminta izin mazu..mungkin si abang gusar ibunya tidak membenarkan..Contoh kisah di kebun tok abahnya. Si abang pergi ke kebun bersama tok abah untuk mengambil buah-buahan (masa tu musim durian dan rambutan). Selesai mengutip buah, tok abah bawa dia ke sungai kecil yang ada di kebun. Apa lagi melompatla si abang keseronokan untuk mandi. Tok abah membenarkan si abang untuk mandi,tapi anakku ni cepat2 menyuruh tok abah terlebih dahulu menelefon mazu di rumah untuk meminta kebenaran..Allah sejuk hatiku bila anak meminta kebenaran,walaupun sekecil perkara.

Oleh itu ibu-ibu sekelian, ambillah peluang menyusukan bayi kita walaupun banyak rintangan dan dugaan kerana setiap anak kita hanya sekali sahaja tempoh bayi dan zaman kanak-kanak. Semadi kasih sayang dari kecil dan moga2 anak tidak lupakan si ibu yang melahirkan dan menyusukan mereka..amin..

Bagi ibu yang ingin menambahkan susu badan gunalah set menyusu Shaklee yang terbukti berjaya menambahkan susu si ibu.Ramai ibu yang telah berjaya dengan mengamalkan set menyusu Shaklee.




Untuk order dan menjadi ahli Shaklee,hubungi mazu ye 0107895356


Penuh kasih sayang
Mazu
0107895356

No comments:

Post a Comment